Friday, 15 May 2015

Pemilik restoran, pelancong diculik


ANGGOTA keselamatan sedang mengawal lokasi kejadian kes penculikan di sebuah restoran di Jalan Batu Sapi, Sandakan malam tadi.


SANDAKAN – Seorang wanita yang juga pemilik bersama sebuah restoran atas air dan seorang pelanggannya diculik sekumpulan empat lelaki bersenjata M-16 dan berpakaian celo­reng dalam kejadian di Jalan Batu Sapi di sini malam tadi.
Mangsa yang diculik dikenal pasti sebagai Thein Nyuk Fun, 50, dan seorang pelancong lelaki dari Kuala Lumpur, Bernard Ghen Ted Fen, 39.
Semasa kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, Nyuk Fun dikatakan berada di kaunter bayaran manakala Ted Fen sedang menikmati hidangan makan malam bersama isterinya dan seorang rakan.
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila kumpulan penjenayah terbabit datang secara tiba-tiba menggunakan sebuah bot dari arah Pulau Idanan, Jolo, selatan Filipina.
Katanya, kesemua penjenayah terbabit tidak bertopeng tetapi lengkap bersenjata M-16 dan pistol.
“Sebaik tiba di kawasan restoran terbabit, tiga penjenayah lelaki menyerbu ke dalam premis sambil mengacukan senjata mereka sebelum menarik secara paksa dua mangsa terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3a9c8wC6a 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment