Monday, 11 May 2015

Arab Saudi umum gencatan senjata


Paris: Arab Saudi kelmarin mengumumkan satu gencatan senjata kemanusiaan selama lima hari di Yaman bermula Selasa ini.
“Kami membuat keputusan, gencatan senjata bermula pada 12 Mei ini dan berlangsung selama lima hari serta mungkin disambung sekiranya berjalan lancar,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.
Beliau membuat pengumuman itu selepas menghadiri satu mesyuarat dengan menteri luar dari negara Teluk, di sini, kelmarin.
“Gencatan senjata ini ditamatkan sekiranya kumpulan pemberontak tidak mematuhi syarat perjanjian.
“Ini adalah masa untuk pemberontak menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Yaman,” tegasnya.
Tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi meningkatkan serangan terhadap beberapa kedudukan pemberontak di Sanaa, kelmarin.
Saksi berkata, lapangan terbang Sanaa turut rosak selepas terkena dua serangan peluru berpandu. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49858#sthash.Gp0WlPnO.dpuf

No comments:

Post a Comment