![]() |
KEADAAN pejabat bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang dibom, dua hari lalu. |
Menurut Houthi, mereka melepaskan roket dan mortar di dua pekan sempadan, Jizan serta Najran semalam, selepas Arab Saudi menyerang daerah Saada dan Hajjah menggunakan lebih 150 roket.
Pesawat Arab Saudi turut menyerang kedudukan Houthi di pusat bandar Taiz dan Sanaa.
Serangan udara Arab Saudi itu setakat ini gagal menumpaskan Houthi dan unit tentera setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Kumpulan pemberontak yang disokong Iran itu masih berkuasa di Yaman.
Arab Saudi menawarkan gencatan senjata selama lima hari bermula petang ini bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara itu, namun memberi amaran bahawa gencatan senjata itu bergantung kepada kepatuhan Houthi terhadap perjanjian berkenaan.
Namun menurut kumpulan agensi bantuan antarabangsa, lima hari tidak mencukupi untuk memberikan bantuan kepada negara itu, yang mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:14 AM
No comments:
Post a Comment