Friday, 15 May 2015

Pemberontak Houthi langgar gencatan senjata selepas sehari


REUTERS - ORANG ramai menunggu untuk mengambil air di sebuah paip awam kelmari ekoran krisis kekurangan air di ibu kota Yemen, Sanaa.


RIYADH – Pemberontak Houthi yang disokong Iran melanggar gencatan senjata berusia satu hari di Yemen, kata pakatan tentera diketuai Arab Saudi yang berikrar akan mematuhi persetujuan tersebut.
“Militia Houthi telah melanggar gencatan senjata,” kata pakatan berkenaan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Saudi Press.
Menurut kenyataan itu, pemberontak Houthi melakukan 12 percanggahan berhubung gencatan senjata itu di sepanjang sempadan Arab Saudi-Yemen dan di Yemen sendiri.
Gencatan senjata tajaan Arab Saudi itu bermula pada pukul 4 pagi (waktu Malaysia), Selasa lalu.
Sebelum ini, pemberontak Houthi dan sekutu mereka menyatakan persetujuan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata selama lima hari tersebut yang turut disokong Amerika Syarikat. Ia bagi membolehkan penghantaran bantuan kepada mangsa peperangan di Yemen.
Kenyataan sama menyebut, lima pelanggaran gencatan senjata itu termasuk serangan meriam, bedilan roket dan kereta kebal yang dilancarkan pemberontak Houthi ke atas bandar Daleh, selatan Yemen.
Pertempuran di bandar itu masih berterusan.
Pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi mula mengebom pemberontak Syiah Houthi pada 26 Mac lalu selepas mereka menguasai sebahagian besar Yemen. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3a9aiupSP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment