
BEBERAPA pejuang anti-Houthi berdiri dekat sebuah kereta kebal di bandar Aden pada Sabtu lepas.
SANAA – Serangan udara pakatan Arab Saudi ke atas kedudukan pemberontak Houthi di selatan Yemen diteruskan selepas gencatan senjata selama lima hari yang ditaja Arab Saudi berakhir semalam.
Serangan itu diteruskan di sebalik permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya gencatan senjata tersebut dipanjangkan.
Gencatan senjatan kemanusiaan yang bermula lewat Selasa lalu tamat pada pukul 4 pagi semalam (waktu Malaysia) tanpa sebarang kenyataan daripada pakatan ketenteraan yang diketuai Arab Saudi.
Sejam selepas tarikh akhir tersebut, beberapa serangan udara mengenai istana presiden di bandar Aden, selatan Yemen di samping sebuah pangkalan unit tentera pro-Houthi di bandar sama, kata beberapa pegawai tentera dan saksi
Serangan udara itu dilancarkan walaupun utusan PBB ke Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed mahu gencatan senjata sedia ada disambung.
“Saya menggesa semua pihak supaya memperbaharui komitmen terhadap gencatan senjata ini untuk tempoh sekurang-kurangnya lima hari lagi,” kata Ismail di Riyadh sebelum ini.
“Gencatan senjata kemanusiaan ini wajar dijadikan gencatan senjata kekal,” tambahnya. – Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3aXBnGeqj
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment