![]() |
Penduduk terpaksa mengambil bekalan air dari saluran paip awam akibat catuan air di Sanaa. Foto: AFP |
KAHERAH - MESIR. Kumpulan pemberontak Houthi, semalam bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama lima hari seperti dicadangkan oleh Arab Saudi.
Menurut laporan Reuters, keputusan itu dibuat selepas Riyadh mengumumkan bahawa gencatan senjata akan dikuatkuasakan bermula esok jika pemberontak Houthi bersetuju dengan cadangan tersebut.
Jurucakap kumpulan terbabit, Kolonel Sharaf Luqman menegaskan mereka akan bertindak balas jika terdapat perlanggaran dalam tempoh tersebut.
"Kami akan memberi respons positif terhadap mana-mana usaha yang bertujuan untuk meringankan penderitaan penduduk Yaman," katanya.
Selain itu, pemberontak Houthi turut menuntut satu dialog politik diadakan di bawah naungan PBB bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik terbabit.
Difahamkan, gencatan senjata terbabit membolehkan pihak terlibat menyelaraskan bantuan bekalan yang akan disalurkan kepada penduduk Yaman sepanjang tempoh lima hari tersebut.
Jumaat lalu, gabungan Arab dilaporkan melancarkan serangan udara bertubi-tubi ke atas kubu kuat Houthi di utara Yaman.
Dalam perkembangan lain, kediaman bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh di Sanaa turut menjadi sasaran bedilan, namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

No comments:
Post a Comment