SANAA - YAMAN . Kerajaan Arab Saudi didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata beberapa minit selepas ia berkuat kuasa, apabila bertindak melancarkan serangan udara yang meragut 48 nyawa.
Jet pejuang Saudi membedil empat kawasan di wilayah barat daya Lahij, timur Hajjah dan barat laut Sa’ada, kelmarin.
Gencatan senjata selama lima hari itu berkuat kuasa pada jam 11 malam (waktu tempatan), kelmarin, dan telah dicadangkan Menteri Luar Arab, Adel al-Jubeir pada minggu lalu.
Ia bertujuan membolehkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada mangsa terjejas konflik.
Menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan ketenteraan Saudi setakat ini mengorbankan lebih 1,400 orang dan mencederakan hampir 6,000 yang lain. - Press TV