Tuesday, 31 March 2015

Dua polis Arab Saudi cedera ditembak

RIYADH: Dua anggota polis Arab Saudi cedera ditembak di Riyadh semalam, sehari selepas negara itu meningkatkan langkah keselamatan selepas mengetuai serangan udara terhadap Yaman.
"Satu pasukan peronda keselamatan sedang melaksanakan tugas di Riyadh apabila ia diserang penembak berkenderaan dalam serangan yang mencederakan dua anggota polis," kata seorang jurucakap dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi SPA.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua anggota polis itu dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka adalah stabil.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu.
Serangan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed Nayef mengarahkan langkah keselamatan dipertingkatkan di sepanjang sempadan dan di seluruh negara selepas Riyadh mengetuai serangan udara ke atas pemberontak Syiah yang disokong Iran di Yaman.
Pada 22 Mac, Amerika Syarikat menyambung semula perkhidmatan konsular di Arab Saudi selepas penutupan selama seminggu berikutan "kebimbangan mengenai keselamatan" yang tidak dinyatakan.
Warga Barat di Arab Saudi diserang sebanyak empat kali sejak Oktober tahun lalu, termasuk serangan oleh penembak berkenderaan seperti kejadian semalam yang mencederakan seorang warga Denmark di Riyadh pada 22 November.
Pihak berkuasa kemudian menahan tiga individu yang disyaki penyokong IS. - AFP

Ikrar serang habis-habisan


Ikrar serang habis-habisan
Beberapa letupan kuat menggegar depot senjata di Aden hingga mencetuskan kebakaran di pusat kemudahan tersebut.
SANAA - YAMAN. Pemimpin Arab berikrar untuk melancarkan serangan habis-habisan untuk menentang pemberontak Houthi sehingga kumpulan itu menyerah kalah.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas gabungan Arab tersebut membedil lapangan terbang antarabangsa dan pangkalan tentera yang dikuasai pemberontak Houthi di ibu negara.

Ketua Liga Arab, Nabil al-Arab berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan kesemua pemimpin Arab ketika sidang kemuncak serantau di Mesir.

Sabtu lalu, gabungan Arab terbabit turut melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan pemberontak itu di wilayah Shabwa dan Baida sebagai usaha untuk memotong akses bekalan mereka.

Sebelum ini, Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi menggesa sekutunya supaya terus membedil markas Houthi sehingga mereka menyerah diri.

Sementara itu, Menteri Luar Riyadh Yassin menegaskan mereka enggan berunding atau berdialog dengan kumpulan pemberontak tersebut sehingga kerajaan yang sah memegang semula tampuk pemerintahan.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 38 maut selepas kumpulan bersenjata melancarkan serangan ke atas kedudukan pemberontak Houthi berhampiran daerah pengeluar minyak di Usaylan, selatan wilayah Shabwa. - AFP

Yemen terus diserang





PELAJAR pro-Houthi mengadakan demonstrasi bagi mengutuk serangan udara yang diketuai Arab Saudi di kampus Universiti Sanaa, Yemen semalam. - REUTERS


RIYADH – Serangan udara pimpinan Arab Saudi di Yemen akan diteruskan sehingga Presiden negara itu, Abd-Rabbu Mansour Hadi mampu memerintah sendiri, tegas seorang jurucakap tentera di sini kelmarin.

Arab Saudi bersama sembilan kerajaan negara Sunnah lain telah melancarkan serangan udara ke atas militia Syiah Houthi di Yemen yang disokong kuat oleh Iran.

Teheran menafikan memberi bantuan kepada kumpulan Houthi, tetapi mengutuk keras serangan negara-negara Sunnah itu. Abd-Rabbu pula meninggalkan Yemen pada Khamis lalu.

“Kami akan menetapkan situasi terbaik untuk membolehkan Abd-Rabbu dan kerajaannya memerintah Yemen. Salah satu syaratnya ialah tentera Yemen mampu mengambil alih kawalan keselamatan negara.

“Serangan udara akan diteruskan untuk mengekang kemaraan militia Houthi. Ia hanya akan dihentikan apabila keadaan keselamatan di Yemen cukup baik untuk diambil alih oleh tentera kerajaan. Hari demi hari, mereka semakin tewas (militia Houthi), kami percaya situasi di Aden akan bertambah baik,” kata jurucakap perikatan tentera negara Sunnah terbabit, Brigedier Jeneral Ahmed Asseri.

Beliau percaya serangan udara tersebut berjaya menyekat kemaraan kumpulan Houthi di bandar Aden selain meningkatkan tekanan terhadap kumpulan militia lain di seluruh Yemen.

Tentera yang setia kepada Abd-Rabbu terus bertempur dengan militia Houthi kelmarin di kawasan pinggir bandar Aden yang menjadi kubu terakhir yang dikuasai oleh tentera kerajaan.

Serangan udara pada malam Sabtu lalu mensasarkan jet pejuang tentera Yemen yang dirampas anggota militia Houthi di Sanaa dan dipindahkan ke pangkalan udara al-Rubayi berhampiran bandar Taiz.

Ahmed menganggarkan terdapat antara 25,000 dan 30,000 militia Houthi di Yemen. Beliau mendakwa setiap anggota militia dibayar upah AS$100 (RM371) sehari menggunakan bantuan kewangan dari Iran.

Menurutnya ancaman militia Houthi akan berakhir jika aliran tunai kepada puak berkenaan dapat disekat. – Reuters



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3VuprpQb4
Hakcipta terpelihara 

45 pelarian Yemen maut dibedil


SANAA 30 Mac – Sekurang-kurangnya 45 orang pelarian terkorban selepas sebuah kem di barat laut negara ini, terkena bedilan bom, hari ini.
Jurucakap Pertubuhan Migrasi Antarabangsa Migrasi (IOM), Joel Millman berkata, bedilan di Kem Pelarian Al-Mazraq di wilayah Hajjah itu, turut mengakibatkan 65 mangsa cedera.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak manakah yang bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
Agensi perubatan Doctors Without Borders (MSF) berkata, sebanyak 500 buah keluarga baharu berlindung di kem tersebut sejak dua hari lalu selepas tentera bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan menggempur kumpulan pemberontak Houthi sejak Khamis lalu.
Sejak 2009, kem itu menempatkan penduduk Yemen yang menjadi pelarian susulan konflik antara kumpulan pemberontak Houthi dengan Kerajaan Pusat.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 38 orang lagi terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak Syiah Houthi dan puak bersenjata yang menyokong Presiden, Abdrabbuh Mansour Hadi di selatan negara ini, semalam.
Menurut sumber keselamatan, pertempuran itu tercetus selepas kumpulan bersenjata menyerang kedudukan pemberontak Houthi dekat kawasan Usaylan di wilayah Shabwa yang kaya dengan sumber minyak.
“Pemberontak Houthi dan sekutunya yang menyokong bekas Presiden Ali Abdullah Salleh, kehilangan 30 anggota, manakala kumpulan bersenjata kehilangan lapan anggota,” jelas sumber tersebut.
Pertempuran itu berlaku ketika pesawat perang tentera bersekutu diketuai Arab Saudi menggempur ibu negara, Sanaa sejak malam semalam dan awal hari ini, memasuki serangan hari kelima berturut-turut bagi melemahkan kedudukan pemberontak Houthi.  AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/45-pelarian-yemen-maut-dibedil-1.75524#sthash.53t57AHJ.dpuf

Monday, 30 March 2015


Islamedia -  Bantuan militer yang dipimpin Pemerintahan Arab Saudi untuk membebaskan Yaman dari pemberontak Syiah mendapatkan sambutan baik dari seluruh rakyat Yaman.

Rakyat Yaman bersuka cita dan turun ke jalanan dengan mengusung poster bergambar Raja Salman, intimidasi yang dilakukan pemberontak Syiah selama ini akhirnya berakhir.

Sebagaimana diberitakan sebelumnya Pemerintah Arab Saudi mengerahkan 100 jet tempur dan 150.000 tentara untuk menggempur pemberontak Syiah Houthi Yaman, kamis (26/3/2015).[islamedia/im]

Arab Saudi Akan Kirimkan Pasukan untuk Menumpas Pemberontak Syiah Yaman


Islamedia.co -  Pemberontakan yang dilakukan kelompok Syiah di Yaman membuat kerajaan Arab Saudi turun tangan. Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Pangeran Saud Faisal, menegaskan bahwa negaranya dan kawasan akan mengambil sikap tegas terhadap kudeta kelompok Syiah Houthi, jika kelompok tersebut menolak untuk berunding dengan pemerintah sah Yaman.

Pernyataan ini dikatakan Pangeran Saud Faisal dalam jumpa pers bersama Menlu Inggris Philip Hammond di ibukota Riyadh hari Senin (23/03) kemarin.

“Kami berharap untuk menyelesaikan krisis Yaman secara damai, akan tetapi jika tidak terjadi maka negara-negara di kawasan akan diambil langkah tegas yang diperlukan untuk mengakhiri agresi,” ujar Pangeran Saud Faisal sebagaimana dilansir eramuslim.com.

Lebih lanjut menlu Saudi ini menyampaikan bahwa keamanan Yaman dan keamanan negara anggota Dewan Kerjasama Teluk (GCC) adalah satu kesatuan. Dan kami menolak dengan tegas kudeta militer yang dilakukan oleh kelompok Syiah Houthi.

Bersama dengan Dewan Kerjasam Teluk, Arab Saudi telah mengagagas perundingan bagi seluruh pihak bertikai di Yaman untuk menghadiri negosiasi damai di ibukota Riyadh dalam beberapa pekan mendatang.

Sejak berhasil menguasasi ibukota dan memaksa penguduran diri Presiden Abdel Fattah Mansour Hadi pada 22 Januari lalu, kelompok Syiah Houthi mengumumkan pembentukan pemerintah ilegal Yaman dengan dukungan dari Iran. (islamedia/eramuslimRassd/Ram)

Dukung Saudi, jet tempur Israel ikut gempur Yaman



Dukung Saudi, jet tempur Israel ikut gempur Yaman
Jet Israel. ©gerarddirect.com

Merdeka.com - Sumber di Ibu Kota Sanaa, Yaman, Jumat lalu mengatakan sejumlah jet tempur Israel ikut melancarkan serangan udara ke Yaman yang dipimpin oleh Arab Saudi pada Kamis pekan lalu.

"Ini pertama kalinya pasukan Zionis bergabung dengan koalisi negara Arab," ujar Sekretaris Jenderal Partai Politik Al-Haq, yaman, Hassa Zayd dalam akun jejaring sosial Facebook, seperti dilansir Global Search, Ahad (29/3).

Dia mengatakan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sudah memerintahkan langsung Angkatan Udara Israel mengerahkan jet-jet tempur mereka buat mendukung serangan Saudi ke Yaman.

Jumat lalu sedikitnya 15 orang tewas di Sanaa dalam serangan udara itu.

Stasiun televisi al-Massira melaporkan serangan udara Saudi itu menargetkan rakyat sipil Yaman yang sedang berbelanja di pasar.

Liga Arab kemarin menyatakan siap membentuk koalisi militer buat menyerang Yaman yang kini dikuasai pemberontak Houthi beraliran Syiah.

Negara-negara Arab itu juga menyerukan pemberontak Houthi untuk segera mundur dari Sanaa dan sejumlah institusi pemerintah serta menyerahkan senjata mereka kepada otoritas yang berwenang.

Tentera AS selamatkan dua juruterbang Arab Saudi

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) selamatkan dua juruterbang Arab Saudi yang menekan kerusi anjal pesawat pejuang F-15 mereka yang dipercayai mengalami masalah dalam operasi serangan di Teluk Aden.
Pegawai Kementerian Pertahanan AS berkata, kedua-dua juruterbang berkenaan diselamatkan di perairan antarabangsa oleh helikopter dari Djibouti selepas mendapat permintaan Arab Saudi.
Jet pejuang F-15 Arab Saudi itu mengambil bahagian dalam serangan udara terhadap pemberontak Yaman namun pegawai pertahanan AS enggan mengesahkan mengapa juruterbang menekan kerusi anjal serta mengapa menyelamatkan diri menggunakan perairan antarabangsa. - Reuters

Bedilan kuat gegar ibu negara Yaman

SERANGAN udara oleh tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi yang membedil di kawasan pemberontak Huthi di Sanaa semalam. - Foto AFP

SANAA: Satu bedilan kuat menggegarkan Sanaa malam tadi susulan serangan udara yang dilakukan tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah di kawasan yang dikuasai mereka di ibu negara Yaman.
Serangan juga dilakukan di selatan negara itu, manakala pertempuran terus berlaku di bandar pelabuhan selatan Aden yang menjadi bandaraya tonggak Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.
Peluru anti-pesawat dikatakan turut dilepaskan apabila tentera pakatan menumpukan serangan udara terhadap sebuah kem di Al-Istiqbal, di barat sempadan Sanaa.
Saksi berkata, serangan udara turut mensasarkan pangkalan tentera Al-Samaa, di utara Sanaa, yang digunakan oleh kumpulan tentera yang berpaling tadah kepada bekas Panglima Ahmed Ali Saleh.
Saleh adalah anak kepada presiden yang digulingkan, Ali Abdullah Saleh, yang didakwa menggerakkan kumpulan pemberontak untuk menentang kerajaan.
Di selatan Yaman, pemberontak dan tentera yang setia dengan Saleh diberi tekanan untuk meninggalkan zon kawalan mereka selepas dua serangan udara mensasarkan pangkalan udara Al-Anad di utara Aden yang dikuasai pemberontak, Rabu lalu.
Satu lagi sasaran serangan udara adalah pangkalan tentera khas yang bersekutu dengan pemberontak Huthi di Qatabah, kira-kira 120 kilometer di utara Aden. - AFP

Berkurung berikutan serangan di Yemen



BATU dan tayar diletakkan di tengah jalan dijadikan halangan dan sekatan jalan raya di bandar Yaman selatan Aden. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Aden, Yemen kini berkurung di kediaman masing-masing berikutan serangan udara diketuai Arab Saudi bersama jiran sekutunya pada pagi Khamis.
Mengikut seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Seiyun, Hadhramaut, kira-kira 800 kilometer dari Sana'a, Aden, semua pelajar bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatan masing-masing.
"Saya kurang pasti siapa yang mengeluarkan nasihat itu, tetapi perkara itu disebar dalam kalangan komuniti pelajar di sini," katanya kepada BERNAMA menerusi Facebook.
Beliau yang enggan dikenali menyatakan para pelajar berada dalam keadaan baik.
Buat masa ini, beliau masih tidak berniat untuk meninggalkan Yemen dan mengikuti perkembangan semasa melalui Facebook 'Persatuan Pelajar Malaysia Yemen'.
Laman Facebook berkenaan menyatakan kejadian serangan jauh daripada penempatan warga Malaysia di Sana'a.
Laporan asing menyebut serangan dilakukan bagi mengekang kemaraan pemberontak Houthi.
Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi dilapor meninggalkan Aden untuk ke Arab Saudi pada Khamis ketika puak pemberontak bertempur dengan pasukannya di pinggir bandar raya pelabuhan selatan.
Wisma Putra turut memaklumkan warga Malaysia selamat daripada serangan, yang disahkan Kedutaan Malaysia di Sana'a. - BERNAMA

Kem pemberontak terus dibedil di Yaman



PENDUDUK Yaman berkumpul di sebelah kenderaan yang terbakar didakwa milik pejuang Huthi di bandar pelabuhan selatan Aden, Yaman. - Foto EPA
SANAA: Pesawat tentera pakatan diketuai Arab Saudi terus membedil kem pemberontak di Yaman hari ini yang masuk hari kedua serangan udara ketika Presiden Abedrabbo Mansour Hadi tiba di Mesir bagi memulakan rundingan dengan sekutu Arabnya.
Pemberontak Huthi dari kumpulan Syiah dilihat semakin memberi ancaman terutama di selatan Semenanjung Arab dan susulan serangan udara besar-besaran itu, satu saranan gencatan senjata dikeluarkan oleh bekas presiden, Ali Abdullah Salleh yang disyaki menjadi sekutu pemberontak.
Setakat ini sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam serangan diketuai Arab Saudi ke atas kubu kuat Huthi dan penyokongnya, demikian menurut pegawai kesihatan Sanaa.

ANGGOTA keselamatan Yaman berada di tempat bedilan serangan udara Arab terhadap pemberontak Huthi berhampiran Lapangan Terbang Sanaa. - Foto AFP
Kira-kira 12 daripada mereka maut ketika kediaman mereka dibedil dalam operasi di sekitar pangkalan tentera di utara Sanaa.
Saksi berkata, serangan turut membabitkan kem briged tentera yang dikuasai Huthi di Wilayah Amran di utara Sanaa, depot tentera dan kubu kuat Huthi di Saada.
Hadi yang mendapat sokongan Barat dan negara Arab terbang ke Mesir hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab yang dilihat memberi tumpuan kepada konflik di Yaman.
Arab Saudi berkata, setakat ini lebih 10 negara sudah menyertai pakatan anti-Huthi.

RAKYAT Yaman berhimpun menunjukkan sokongan untuk serangan udara Arab yang dipimpin terhadap pemberontak Syiah, yang dikenali sebagai Huthi. - Foto AP
Laporan juga menyebut, Arab Saudi sudah mengerahkan 100 pesawat pejuang dengan 67 pesawat didatangkan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Bahrain.
Arab Saudi juga mengerakkan lebih 150,000 askarnya berdekatan sempadan. - AFP

Sanaa terus bergegar


28 Mac 2015

 Sanaa terus bergegar
Penduduk yang cedera dalam serangan udara di bandar selatan Aden. Foto: AFP

SANAA - YAMAN. Kempen ketenteraan ke atas kedudukan pemberontak Houthi di Yaman memasuki hari kedua, semalam.

Serangan udara turut disasarkan di barat laut negara itu yang menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak.

Jurucakap tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi, Brigedier Ahmed al-Asiri berkata operasi ketenteraan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa selagi diperlukan.

Menurutnya lagi, buat masa ini tiada rancangan untuk melancarkan serangan darat namun menegaskan tentera pakatan Teluk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sementara itu, serangan udara di sebuah pasar di barat laut Yaman mengorbankan kira-kira 15 penduduk awam.

Stesen televisyen al-Massira melaporkan, serangan di Saada itu turut mencederakan puluhan yang lain.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, setakat ini 39 orang terbunuh di Yaman sejak Khamis lalu.

Kelmarin, Duta Saudi ke Amerika Syarikat (AS) Adel al-Jubeir menegaskan operasi itu bertujuan untuk mempertahankan kerajaan yang sah dan ia telah dibincangkan terlebih dahulu bersama negara sekutu terutamanya Washington. - Al Jazeera

Misil Houthi berjaya dimusnahkan

Misil Houthi berjaya dimusnahkan
Asap tebal memenuhi ruang udara selepas depot senjata di Aden menjadi sasaran serangan udara, kelmarin.

SANAA - YAMAN. Serangan udara dilancarkan Arab Saudi bersama sekutunya telah memusnahkan keupayaan peluru berpandu milik pemberontak Houthi, menurut jurucakap operasi itu, kelmarin.

Jeneral Ahmed Assiri berkata, mereka yakin sebahagian besar senjata tersebut telah dimusnahkan dan kempen ketenteraan itu akan diteruskan untuk menyasarkan kesemua tempat simpanan bekalan misil berkenaan.

"Kami percaya pemberontak Houthi kini memiliki pelbagai jenis peluru berpandu termasuk balistik selepas rampasan kuasa pada September lalu," katanya.

Sementara itu, pegawai diplomatik Teluk memaklumkan operasi ketenteraan selama tiga hari yang disertai 10 negara itu berjaya mencapai matlamat awal.

Menurut saksi, gabungan Arab tersebut turut menyasarkan pangkalan tentera udara di wilayah barat Hodeidah dan dua lagi kubu kuat pemberontak di Saada dalam serangan terbaharu mereka.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan telah mula memindahkan kakitangan mereka sebagai langkah keselamatan.

Tindakan itu dibuat selepas Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi menggesa negara sekutunya supaya meneruskan kempen ketenteraan itu sehingga pemberontak Houthi yang disifatkan sebagai boneka Iran menyerah diri.

"Operasi ini perlu diteruskan untuk memberi tekanan kepada mereka supaya menyerah kalah," tegasnya.

Difahamkan, pemimpin tersebut kini berada di Riyadh selepas menyertai Sidang Kemuncak Liga Arab di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Mesir. - AFP

Bekas presiden Yaman bersembunyi


Aden: Bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang bersekutu dengan pemberontak Syiah Houthi untuk menggulingkan kerajaan sah negara berkenaan dilapor bersembunyi di wilayah harib Al Qaramish dengan diberi perlindungan oleh kabilah Khwlan.
Dia meninggalkan kediamannya di Sanaa Khamis lalu sebaik pakatan negara Arab yang di ketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kedudukan Houthi dan unit tentera yang setia kepadanya.
Akhbar Asy Syarqal Awsat melaporkan, Ali yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2012 kini berusaha mendapatkan suaka politik di Emiriah Arab Bersatu atau Oman dan mengancam mengetuai kabilah yang menyokongnya untuk melakukan pemberontakan lebih meluas jika beliu gagal. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40194#sthash.dGqq4sM0.dpuf

Jet pejuang sasar lapangan terbang


Sanaa: Jet pejuang pakatan Arab yang menyasarkan pemberontak Syiah Houthi semalam mengebom landasan lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Yaman ini.

Serangan di kawasan lain di Sanaa pula menyebabkan 15 pemberontak berkenaan terbunuh, kata sumber tentera dan penerbangan.

Serangan malam keempat yang diketuai Arab Saudi terhadap kumpulan yang disokong Iran itu dan sekutu yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh berjaya melumpuhkan lapangan terbang di ibu negara Yaman yang dikuasai pemberontak itu.

“Ini kali pertama serangan menyasarkan landasan sejak kempen bermula Rabu lalu. Lapangan terbang itu sudah tidak boleh diguna lagi,” kata sumber berkenaan.

Saksi berkata, mereka terdengar tiga letupan kuat dan melihat kebakaran besar di kawasan lapangan terbang itu.

Pada masa sama, serangan udara sebelah malam itu juga menyasarkan markas pengawal republikan di Al-Subaha di Sanaan, menyebabkan 15 tentera terbunuh.

Pengawal republikan Yaman masih setia kepada bekas presiden Ali Abdullah yang bersekutu dengan Houthi untuk menumbangkan kerajaan Yaman pimpinan Presiden Abed Abed Rabbo Mansour Hadi yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Pegawai perubatan di sebuah hospital tentera di Sanaa berkata, ia menerima 18 mayat askar. Lapan belas anggota tentera yang menyokong Ali juga dihantar ke situ kerana cedera selepas serangan berkenaan.

Serangan lain menyasarkan pangkalan udara yang dikuasai pemberontak di Hudaida, barat Yaman dan Briged Pertama Meriam Saada, kubu kuat Houthi di utara Yaman.

Bagaimanapun, laporan lain menyatakan pemberontak Houthi masih mampu mara walaupun berdepan dengan serangan itu.

Kelmarin, buat kali pertama, ia dengan bantuan tentera yang setia kepada Ali, menguasai Shaqra, 100 kilometer ke timur Aden, membolehkan mereka membuka laluan baru untuk mara ke bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.

Penduduk berkata, konvoi kereta perisai, kereta kebal dan trak tentera Houthi yang menuju ke Aden dari Shaqra diserang oleh pesawat pakatan Arab dan sejumlah kenderaan itu musnah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:16 AM

PENDUDUK Sanaa membawa bersama barangan mereka untuk keluar dari bandar itu berikutan serangan udara berterusan yang dilancarkan pakatan negara Arab, diketuai oleh Arab Saudi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40199#sthash.6lgXuwaZ.dpuf

Serang hingga Houthi undur


Sharm El-Sheikh (Mesir): Serangan udara diketuai Arab Saudi ke atas Yaman akan diteruskan sehingga pemberontak Syiah ‘berundur dan menyerahkan senjata mereka.’

Persetujuan dicapai oleh pemimpin Arab pada sidang kemuncak semalam.

Mereka juga bersetuju pada prinsipnya untuk membentuk satu pasukan tentera bersama.

Keputusan Liga Arab itu menggambarkan kesediaan mereka bertindak dengan cara lebih agresif yang mampu mencabar Iran sebagai kuasa besar Syiah dan yang didakwa menyokong pemberontak Houthi.

Serangan diketuai Arab Saudi itu dilancarkan Khamis lalu dengan menyasarkan kumpulan berkenaan dan sekutu mereka, termasuk tentera yang setia kepada bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Pada persidangan yang diadakan di bandar Sharm el-Sheikh itu, ketua Liga Arab Nabil Elaraby membacakan kenyataan yang menggariskan pandangan golongan pemimpin berkenaan.

“Yaman hampir terjerumus dalam kancah perang saudara menyebabkan dunia Arab dan antarabangsa terpaksa bertindak selepas semua usaha gagal untuk mencapai keamanan dan mengakhiri rampasan kuasa Houthi serta memulihkan kerajaan yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sissi berkata semua pemimpin bersetuju pada prinsipnya untuk mewujudkan pasukan tentera Arab bersama.

Katanya, panel peringkat tertinggi akan menggariskan mekanisme dan rangka pasukan itu dengan dipantau ketua turus tentera dari semua negara Arab.

Tentera Mesir dan pihak berkuasa keselamatan mencadangkan pasukan itu terdiri daripada 40,000 askar elit dengan beribu pejabat di Kaherah atau Riyadh.

Pasukan berkenaan akan dilengkapi pesawat pejuang, kapal perang dan perisai ringan.

Bagaimanapun, tidak semua 22 negara anggota Liga Arab dilihat akan bersetuju memandangkan sejarah membuktikan mereka sering berbeza pendapat dalam semua hal.

Mewujudkan pasukan seumpama itu sudah lama menjadi sasaran dunia Arab namun ia tidak pernah tercapai.

Kali terakhir perjanjian ketenteraan bersama dipersetujui negara Arab ialah 65 tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:24 AM
PENDUDUK di Sanaa melihat lubang yang terbentuk selepas serangan udara yang diketuai Arab Saudi, semalam.


SEORANG lelaki dirawat di hospital di Aden selepas melecur ekoran letupan di sebuah depoh senjata di bandar berkenaan, semalam, dipercayai akibat serangan jet pejuang Arab Saudi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40218#foto

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40218#sthash.ZeorxHQs.dpuf

Lapangan terbang utama Yemen diserang, 15 maut

asap tebal menyelubungi ruang udara di bandar Aden selepas berlaku
Asap tebal menyelubungi ruang udara di bandar Aden selepas berlaku letupan besar di depot senjata di bandar kedua terbesar di Yemen itu, kelmarin. AFP
SANAA 29 Mac – Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas lapangan terbang utama Yemen, di sini mengakibatkan 15 askar Yemen yang menyokong kumpulan pemberontak Houthi terbunuh dalam dua kejadian berasingan di Sanaa.
Serangan udara pada hari keempat ke atas kumpulan pemberontak yang menyokong bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh di lapangan terbang di ibu negara ini berjaya dipatahkan.
‘’Serangan tersebut merupakan yang pertama dilancarkan ke atas lapangan terbang itu sejak tindakan ketenteraan diambil ke atas pemberontak Houthi.
‘’Lapangan terbang itu kini tidak boleh digunakan lagi,’’ kata sumber penerbangan.
Saksi melaporkan mendengar bunyi tiga letupan kuat dan melihat satu kebakaran besar apabila lapangan terbang itu diserang pada kira-kira pukul 12 tengah malam (5 pagi waktu Malaysia), semalam.
Dalam serangan udara pada waktu malam yang menjadikan ibu pejabat pemberontak di pangkalan tentera al-Subaha di Sanaa sebagai sasaran, menyaksikan 15 askar terbunuh, kata sumber tentera.
Seorang anggota perubatan di sebuah hospital tentera di sini berkata, pihaknya menerima 15 mayat dan 18 askar yang cedera selepas serangan udara tersebut.
Serangan udara juga menjadikan pangkalan udara yang dikuasai pemberontak Houthi, Briged Meriam Pertama di Hudaida, barat Yemen sebagai sasaran, kata saksi. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lapangan-terbang-utama-yemen-diserang-15-maut-1.75106#sthash.3kXnvRSc.dpuf

Sunday, 29 March 2015

14 Maut Letupan Di Aden


Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 10:22 AM

ADEN: Seramai 14 orang terbunuh dalam satu letupan yang berlaku di depoh senjata sehingga menggegarkan bandar Aden, Yemen pada Sabtu.

Menurut laporan, orang ramai terdengar bunyi letupan di depoh itu dan telah berlaku juga satu rompakan sehari sebelumnya.

Depoh senjata itu merupakan sebuah gua yang terletak di hujung Gunung Jabal Hadid - tempat menyimpan senjata-senjata sejak zaman Soviet.

Askar-askar yeng bertanggungjawab menjaga depoh tersebut meninggalkan kawasan itu minggu ini selepas komander mereka melarikan diri akibat keadaan huru hara yang berlaku di negara berkenaan.

Letupan itu juga telah memusnahkan beberapa banggunan serta kawasan perumahan berdekatan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Yemen, Al-Kheder Lassouar, 14 mayat telah dijumpai daripada pemeriksaan yang dibuat.

"Kami juga menerima maklumat ada lagi mayat di dalam gua tersebut tetapi kami tidak mampu untuk mengeluarkannya kerana asap memenuhi kawasan tersebut," tambah beliau.

Salah seorang saksi menerangkan, orang ramai berada di dalam serta di sekitar depoh tersebut dan ada yang terkorban dalam kejadian rompakan yang berlaku sehari sebelum letupan.

"Terdapat banyak mayat di dalam kawasan gua, ramai yang masuk untuk mengambil senjata dan ada yang membunuh sesama sendiri apabila gagal mendapatkan senjata yang diingini," kata seorang penduduk kawasan tersebut.

Laporan lain menerangkan, ada yang terkorban setelah menghidu gas toksik yang terdapat pada serbuk letupan di dalam gua tersebut.

"Kami tidak dapat mengesahkan laporan tentang pertempuran antara pihak militan dan pihak Syiah yang telah mengorbankan 61 nyawa dalam masa tiga hari mempunyai kaitan dengan letupan yang berlaku," kata Lassouar.

Presiden Abedrabbo Mansour Hadi mendapatkan perlindungan di Aden setelah melarikan diri daripada pemberontakan yang berlaku bulan lalu.

Beliau telah berlepas ke Arab Saudi sebelum ke Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab untuk membincangkan krisis di Yemen.

24 jam, lebih 39 maut


Sanaa:

Sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh selepas lebih 24 jam serangan udara Arab Saudi dilancarkan terhadap pemberontak Syiah di Yaman.

Kementerian Kesihatan Yaman yang dikuasai pemberontak Houthi berkata, 12 mangsa berkenaan terbunuh apabila serangan yang menyasarkan sebuah pangkalan tentera di utara terkena kawasan kediaman.

Saksi berkata, serangan itu menyasarkan pangkalan tentera Al-Samaa yang digunakan unit tentera dibawah perintah bekas panglimanya Ahmed Ali Salleh.

Ahmed ialah anak bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang dituduh bersekutu dengan pemberontak Houthi menentang Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

Menjelang awal pagi semalam, tiga serangan udara disasarkan terhadap pekarangan istana di selatan Sanaa yang ditawan pemberontak bulan lalu.

Sebelum itu, serangan disasarkan terhadap satu lagi briged tentera yang setia kepada Ali di Marib, wilayah di timur Yaman.

Seorang pegawai tentera berkata, jet yang diketuai Arab Saudi turut mengebom depoh senjata kem tentera yang digunakan pasukan yang setia kepada bekas presiden itu.

Pegawai itu mendakwa puluhan orang terbunuh di kem berkenaan yang terletak di pinggir bandar di selatan Yaman.

Laporan itu tidak dapat disahkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:13 AM

PENDUDUK di Taiz, bandar ketiga terbesar di Yaman, menjulang poster Raja Arab Saudi, Salman, ketika menunjuk perasaan menyokong serangan yang diketuai Riyadh, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39846#sthash.SwcoXcp0.dpuf

Mayat bayi dalam peti sejuk


Batam: Mayat seorang bayi ditemui dalam peti sejuk sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurut polis, pekerja hotel menemui mayat berkenaan dalam bekas plastik yang kemudian dibungkus dengan beg plastik ketika hendak membersihkan peti sejuk itu.

Menurut pihak hotel, bilik berkenaan ditempah seorang wanita, tetapi identitinya belum dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman CCTV memandangkan ramai yang keluar masuk di hotel itu.

Wanita itu menginap di hotel itu pada Rabu, 18 Mac lalu dan keluar empat hari kemudian.

Pekerja hotel yang membersihkan kamar itu Sabtu lalu menyangka bekas itu mengandungi daging lembu dan memindahkannya ke bahagian atas.

Bagaimanapun, selepas diperiksa kelmarin, bekas itu disahkan mengandungi mayat bayi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:11 AM

PETUGAS bilik mayat di Hospital Sekupang, Batam memeriksa bekas plastik yang mengandungi mayat berkenaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39825#sthash.GWEJnUYV.dpuf

Saudi lancar serangan udara


Sanaa: Tentera udara Arab Saudi melancarkan serangan udara terhadap kedudukan militan Huthi Syiah di Yaman semalam selepas kumpulan itu menawan sebuah bandar di negara berkenaan.

Kumpulan itu menawan sebahagian Aden menyebabkan Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi yang berlindung di bandar itu melarikan diri melalui jalan laut.

Agensi berita Al-Arabiya News melaporkan bahawa, Arab Saudi menghantar 100 jet pejuang, 150,000 askar dan unit tentera laut ke sempadan Yaman.

Stesen televisyen Al-Hadath TV turut memaparkan rakaman video serangan udara itu.

Katanya, Arab Saudi bekerjasama rapat dengan Washington dan sekutu lain tetapi menegaskan bahawa tentera AS tidak terbabit dalam serangan itu.

White House dalam satu kenyataan memberitahu bahawa AS memberi sokongan ketenteraan dan perisikan kepada Arab Saudi tetapi tidak terbabit secara langsung dalam serangan berkenaan.

Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Bahrain dilaporkan turut menyertai operasi ketenteraan yang diketuai Arab Saudi itu.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Agensi Berita Saudi, negara sekutu itu berkata, mereka melancarkan operasi itu atas permintaan Abed Rabbo yang meminta mereka melindungi Yaman dan rakyatnya.

Mesir turut mengumumkan sokongan politik dan ketenteraan terhadap operasi Arab Saudi itu.

Agensi Berita Saudi turut melaporkan empat lagi negara iaitu Pakistan, Jordan, Maghribi dan Sudan turut bersetuju untuk menyertai operasi berkenaan.

Pegawai di Yaman berkata, serangan udara Arab Saudi berkenaan menyasarkan sebuah pangkalan tentera yang kini dikuasai askar yang setia pada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

“Serangan berkenaan turut menyasarkan tapak peluru berpandu di Sanaa dan sebuah depoh simpanan minyak,” katanya.

Militan Huthi berkata, jet Arab Saudi menyerang sebuah pangkalan tentera dan mereka membalas dengan melancarkan peluru berpandu antipesawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 8:39 AM

MILITAN Huthi dan penduduk tempatan berkumpul di runtuhan rumah yang musnah dibedil pesawat pejuang Arab Saudi di Sanaa, Yaman semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39584#sthash.OC1WKHDq.dpuf

Saudi lancar perang


27 Mac 2015

 Saudi lancar perang
Saudi lancar perang Sebahagian kawasan berhampiran lapangan terbang yang musnah dalam serangan udara tersebut. - Foto AFP

SANAA - YAMAN. Krisis di Yaman semakin meruncing selepas kerajaan Arab Saudi mula campur tangan melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran ke atas negara itu dengan mengerahkan 150,000 tentera bersama 100 jet pejuang untuk menyertai operasi tersebut.

Kempen ketenteraan itu dilancarkan selepas pemberontak Houthi semakin mara ke bandar selatan Aden.

Serangan udara bertalu-talu yang dilancarkan ke atas Sanaa sejak kelmarin turut mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Saksi memberitahu penduduk turut membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai masih terperangkap di sebalik runtuhan rumah yang musnah akibat dibedil dalam kejadian terbabit.

Susulan daripada itu, angkatan bersenjata pro-Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi dilaporkan berjaya merampas semula lapangan terbang antarabangsa di bandar selatan Aden yang ditawan pemberontak Houthi.

Duta Saudi ke AS, Adel al-Jubeir memberitahu operasi itu bertujuan untuk mempertahankan kerajaan yang sah dan ia telah telah dibincangkan terlebih dahulu bersama negara sekutu terutamanya Washington.

"Kempen ketenteraan ini akan disertai lebih 10 negara termasuk Mesir dan Jordan. Kami akan bermati-matian memerangi kumpulan pemberontak tersebut," tegasnya. - Press TV

Sanaa terus bergegar


28 Mac 2015

 Sanaa terus bergegar
Sanaa terus bergegar Penduduk yang cedera dalam serangan udara di bandar selatan Aden. Foto: AFP

SANAA - YAMAN. Kempen ketenteraan ke atas kedudukan pemberontak Houthi di Yaman memasuki hari kedua, semalam.

Serangan udara turut disasarkan di barat laut negara itu yang menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak.

Jurucakap tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi, Brigedier Ahmed al-Asiri berkata operasi ketenteraan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa selagi diperlukan.

Menurutnya lagi, buat masa ini tiada rancangan untuk melancarkan serangan darat namun menegaskan tentera pakatan Teluk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sementara itu, serangan udara di sebuah pasar di barat laut Yaman mengorbankan kira-kira 15 penduduk awam.

Stesen televisyen al-Massira melaporkan, serangan di Saada itu turut mencederakan puluhan yang lain.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, setakat ini 39 orang terbunuh di Yaman sejak Khamis lalu.

Kelmarin, Duta Saudi ke Amerika Syarikat (AS) Adel al-Jubeir menegaskan operasi itu bertujuan untuk mempertahankan kerajaan yang sah dan ia telah dibincangkan terlebih dahulu bersama negara sekutu terutamanya Washington. - Al Jazeera

Diplomat dibawa keluar dari Sanaa


29 Mac 2015

 Diplomat dibawa keluar dari Sanaa
Diplomat dibawa keluar dari Sanaa Sekumpulan penduduk bersenjata yang setia kepada Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi berkumpul di daerah Dar Saad sebagai persediaan menghadapi pemberontak Houthi. Foto oleh AFP

DUBAI - Tentera Laut Arab Saudi mula membawa keluar puluhan diplomat asing dari bandar pelabuhan selatan Aden di Yaman, menurut media tempatan semalam.

"Angkatan Laut Diraja Saudi melaksanakan operasi Hurricane untuk memindahkan puluhan diplomat termasuk rakyat Arab Saudi dari Aden," menurut stesen televisyen al-Ekhbariya.

Menurut Press TV, stesen itu turut menyatakan bahawa kesemua diplomat terbabit selamat tiba di Jeddah.

Bulan lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait memanggil semula dutanya selepas pemberontak Houti menawan Sanaa.

Beberapa negara Arab dan Barat turut mengambil langkah sama selepas tahap keselamatan di Yaman semakin merosot.

Sementara itu, tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi menyerang satu konvoi pemberontak Houthi yang terdiri daripada kereta kebal dan lori tentera dalam perjalanan dari Shaqra ke Aden.
Saksi berkata, serangan udara itu dilakukan pada waktu subuh, semalam.

Serangan udara ke atas kedudukan pemberontak Houthi kini memasuki hari ketiga.

Arab Saudi sebelum ini menegaskan serangan ke atas Yaman akan diteruskan dari semasa ke semasa selagi ia diperlukan.

Arab Saudi lancar serangan udara di Yemen

PUAK Houthi mengangkat senjata dalam tunjuk perasaan untuk membantah serangan udara di Sanaa kelmarin.


SANAA – Sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam tempoh lebih 24 jam selepas siri serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah Houthi di Yemen, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.
Seramai 12 mangsa maut apabila serangan udara ke atas sebuah pangkalan tentera di udara bandar ini mengenai kawasan sekitarnya.
Beberapa saksi berkata, jet-jet pejuang membedil pangkalan al-Samaa yang digunakan oleh unit tentera yang masih setia kepada bekas komander mereka, Ahmed Ali Saleh.
Ahmed merupakan anak lelaki Presiden Ali Abdullah Saleh yang digulingkan. Beliau dituduh oleh Riyadh sebagai menyokong militan Houthi memerangi Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.
“Pada Subuh semalam, tiga serangan udara mengenai pekarangan istana Presiden di selatan bandar ini yang ditawan militan Houthi pada bulan lalu,” kata beberapa saksi.
Riyadh turut mengebom briged tentera Houthi di wilayah Amran, utara bandar ini dan beberapa depot senjata di kubu kuat puak Houthi di utara Yemen.
Seorang pegawai tentera memberitahu agensi berita AFP bahawa jet-jet pejuang Arab Saudi turut mengebom sebuah depot senjata besar yang digunakan oleh tentera Ali.
Beberapa penduduk pula berkata, berpuluh-puluh kenderaan membawa peluru berpandu antipesawat dilihat berterusan meronda di bandar ini sejak serangan udara Arab Saudi itu bermula.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3VmcYwc7z 
Hakcipta terpelihara 

Sanaa dibom tiga malam


ORANG RAMAI mencari mangsa-mangsa terselamat di bawah runtuhan kediaman selepas serangan udara Arab Saudi ke atas ibu kota Yemen, Sanaa pada Khamis lalu.


SANAA – Bandar raya ini dibom bertalu-talu untuk malam ketiga berturut-turut, kata beberapa penduduk semalam selepas jet-jet pejuang Arab Saudi menyerang pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran.
Serangan oleh Riyadh itu dilakukan bagi mempertahankan Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.
“Ia malam yang sengit dengan pemgeboman,” kata seorang warga asing yang bekerja untuk sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa di sini.
“Orang ramai mahu melarikan diri tetapi tiada penerbangan keluar dari Yemen,” tambahnya.
Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, malam kelmarin merupakan pengeboman paling sengit di bandar ini sejak Arab Saudi melancarkan operasi serangan udara ke atas Yemen.
“Bandar ini dibom sehingga subuh,” katanya
Beberapa saksi pula berkata, serangan udara itu disasarkan ke atas depot senjata dan kemudahan ketenteraan lain di pinggir bandar ini.
Terdahulu, Arab Saudi menyatakan bahawa lebih 10 negara telah menyertai pakatannya untuk mempertahankan Abderabbo. Beliau tiba di Mesir kelmarin untuk menemui sekutu-sekutu Arab di sebuah persidangan serantau.
Riyadh menuduh Iran yang berfahaman Syiah melakukan pencerobohan dan menyokong militia Houthi yang mahu merampas kuasa di Yemen. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3VmbJESrH 
Hakcipta terpelihara