
pasukan penyiasat menjalankan penyiasatan di dalam salah sebuah daripada dua buah masjid di Sanaa yang menjadi sasaran serangan berani mati, kelmarin mengorbankan kira-kira 142 orang. REUTERS
ADEN 21 Mac – Kira-kira 20 askar kerajaan terkorban selepas sekumpulan bersenjata dipercayai kumpulan militan al-Qaeda menyerang institusi kerajaan di wilayah Lahj, selatan Yemen, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan lelaki bersenjata itu melancarkan serangan serentak di bangunan kerajaan dan pejabat perisikan di bandar Houta, petang semalam.
Pegawai tentera berkata, berpuluh-puluh anggota tentera turut mengalami kecederaan, manakala beberapa pegawai tentera diculik.
Kumpulan militan membina beberapa pusat pemeriksaan di sekitar bandar di pintu masuk utama ke bandar itu dalam cubaan untuk merampas bandar tersebut.
Semalam, kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam satu kenyataan melalui dalam talian mendakwa bertanggungjawab dalam serangan pengeboman berani mati ke atas dua buah masjid di Sanaa ketika ramai jemaah sedang solat mengakibatkan 142 orang. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment