Sanaa: Jet pejuang pakatan Arab yang menyasarkan pemberontak Syiah Houthi semalam mengebom landasan lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Yaman ini.
Serangan di kawasan lain di Sanaa pula menyebabkan 15 pemberontak berkenaan terbunuh, kata sumber tentera dan penerbangan.
Serangan malam keempat yang diketuai Arab Saudi terhadap kumpulan yang disokong Iran itu dan sekutu yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh berjaya melumpuhkan lapangan terbang di ibu negara Yaman yang dikuasai pemberontak itu.
“Ini kali pertama serangan menyasarkan landasan sejak kempen bermula Rabu lalu. Lapangan terbang itu sudah tidak boleh diguna lagi,” kata sumber berkenaan.
Saksi berkata, mereka terdengar tiga letupan kuat dan melihat kebakaran besar di kawasan lapangan terbang itu.
Pada masa sama, serangan udara sebelah malam itu juga menyasarkan markas pengawal republikan di Al-Subaha di Sanaan, menyebabkan 15 tentera terbunuh.
Pengawal republikan Yaman masih setia kepada bekas presiden Ali Abdullah yang bersekutu dengan Houthi untuk menumbangkan kerajaan Yaman pimpinan Presiden Abed Abed Rabbo Mansour Hadi yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Pegawai perubatan di sebuah hospital tentera di Sanaa berkata, ia menerima 18 mayat askar. Lapan belas anggota tentera yang menyokong Ali juga dihantar ke situ kerana cedera selepas serangan berkenaan.
Serangan lain menyasarkan pangkalan udara yang dikuasai pemberontak di Hudaida, barat Yaman dan Briged Pertama Meriam Saada, kubu kuat Houthi di utara Yaman.
Bagaimanapun, laporan lain menyatakan pemberontak Houthi masih mampu mara walaupun berdepan dengan serangan itu.
Kelmarin, buat kali pertama, ia dengan bantuan tentera yang setia kepada Ali, menguasai Shaqra, 100 kilometer ke timur Aden, membolehkan mereka membuka laluan baru untuk mara ke bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.
Penduduk berkata, konvoi kereta perisai, kereta kebal dan trak tentera Houthi yang menuju ke Aden dari Shaqra diserang oleh pesawat pakatan Arab dan sejumlah kenderaan itu musnah. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:16 AM

PENDUDUK Sanaa membawa bersama barangan mereka untuk keluar dari bandar itu berikutan serangan udara berterusan yang dilancarkan pakatan negara Arab, diketuai oleh Arab Saudi, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40199#sthash.6lgXuwaZ.dpuf
No comments:
Post a Comment