Serangan udara pada hari keempat ke atas kumpulan pemberontak yang menyokong bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh di lapangan terbang di ibu negara ini berjaya dipatahkan.
‘’Serangan tersebut merupakan yang pertama dilancarkan ke atas lapangan terbang itu sejak tindakan ketenteraan diambil ke atas pemberontak Houthi.
‘’Lapangan terbang itu kini tidak boleh digunakan lagi,’’ kata sumber penerbangan.
Saksi melaporkan mendengar bunyi tiga letupan kuat dan melihat satu kebakaran besar apabila lapangan terbang itu diserang pada kira-kira pukul 12 tengah malam (5 pagi waktu Malaysia), semalam.
Dalam serangan udara pada waktu malam yang menjadikan ibu pejabat pemberontak di pangkalan tentera al-Subaha di Sanaa sebagai sasaran, menyaksikan 15 askar terbunuh, kata sumber tentera.
Seorang anggota perubatan di sebuah hospital tentera di sini berkata, pihaknya menerima 15 mayat dan 18 askar yang cedera selepas serangan udara tersebut.
Serangan udara juga menjadikan pangkalan udara yang dikuasai pemberontak Houthi, Briged Meriam Pertama di Hudaida, barat Yemen sebagai sasaran, kata saksi. – AFP