
SANAA, Yemen – Kumpulan militan Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom berani mati di dua buah masjid Syiah di sini yang mengakibatkan 142 orang terbunuh dan 357 lagi cedera semasa solat Jumaat kelmarin.
Menurut agensi berita AFP semalam, kumpulan tersebut memberi amaran bahawa serangan untuk menghapuskan penduduk berfahaman Syiah Houthi itu hanya sebagai satu permulaan di negara ini.
“Golongan kafir Houthi perlu mengetahui askar-askar IS tidak akan berehat sehingga mereka menghapuskan dan memotong tangan rancangan Safavid (merujuk kepada dinasti yang pernah memerintah Iran) di Yemen,” kata kenyataan kumpulan berkenaan di Twitter.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3V3rh2PXI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment