Monday, 30 March 2015

Sanaa terus bergegar


28 Mac 2015

 Sanaa terus bergegar
Penduduk yang cedera dalam serangan udara di bandar selatan Aden. Foto: AFP

SANAA - YAMAN. Kempen ketenteraan ke atas kedudukan pemberontak Houthi di Yaman memasuki hari kedua, semalam.

Serangan udara turut disasarkan di barat laut negara itu yang menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak.

Jurucakap tentera pakatan Teluk diketuai Arab Saudi, Brigedier Ahmed al-Asiri berkata operasi ketenteraan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa selagi diperlukan.

Menurutnya lagi, buat masa ini tiada rancangan untuk melancarkan serangan darat namun menegaskan tentera pakatan Teluk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sementara itu, serangan udara di sebuah pasar di barat laut Yaman mengorbankan kira-kira 15 penduduk awam.

Stesen televisyen al-Massira melaporkan, serangan di Saada itu turut mencederakan puluhan yang lain.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, setakat ini 39 orang terbunuh di Yaman sejak Khamis lalu.

Kelmarin, Duta Saudi ke Amerika Syarikat (AS) Adel al-Jubeir menegaskan operasi itu bertujuan untuk mempertahankan kerajaan yang sah dan ia telah dibincangkan terlebih dahulu bersama negara sekutu terutamanya Washington. - Al Jazeera

No comments:

Post a Comment