Friday, 27 March 2015

Apa yang berlaku di Yaman?

Peta Yaman
Peta Yaman

Yaman merupakan sebuah negara yang berkedudukan strategik dinegara-negara Teluk.

Namun pemerintahan Yaman dilihat lemah berikutan kegagalan mereka menyelesaikan konflik dalaman dengan baik. Dalam masa sama Yaman juga dipimpin oleh pelbagai kabilah (suku).

Selain ancaman militan Al-Qaeda, kerajaan negara ini juga berhadapan dengan perang saudara bersama sebahagian besar penduduk.

Setelah dua dekad memerintah, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh telah meletak jawatan pada awal tahun 2012.

Kabinet kemudiannya diketuai bekas Naib Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi yang berusaha menyatukan pelbagai parti di negara itu.

Manakala kumpulan pemberontak dikenali sebagai Houthi Syiah dipimpin oleh Abdul Malik al-Houthi.

Pada tahun 2014, pemberontak Houthi ini berjaya menawan Sana’a (ibunegara Yaman) dan memaksa Hadi membentuk kerajaan perpaduan.

Selepas istana presiden dan kediaman peribadinya diserang pemberontak Houthi, Hadi dan menteri-menterinya meletak jawatan. Pemberontak Houthi terus mengganas dengan
mengisytiharkan kejayaan mereka menawan kerajaan dan membubarkan parlimen serta menubuhkan Jawatankuasa Revolusi sementara.

Houthi ketika ini diketuai oleh Mohammed Ali al-Houthi iaitu sepupu kepada Abdul Malik.

Dalam perkembangan sama, Yaman mula bangkit dan mendapat sokongan daripada pelbagai negara terutamanya melibatkan ketenteraan dan persenjataan. Antaranya ialah Mesir, Bahrain,
Pakistan, Jordan, Sudan, Qatar, Kuwait. Kesemuanya berjumlah 10 buah negara termasuk 5 anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diketuai oleh Arab Saudi.

Arab Saudi melancarkan serangan dengan skala besar melibatkan 150,000 tentera dan 100 pesawat tempur.

Sementara Kementerian Luar Iran yang dikatakan sekutu kepada pemberontak Houthi mengutuk tindakan ketenteraan Arab Saudi.

Sejak semalam, Arab Saudi telah menggantung penerbangan domestik serta antarabangsa di tujuh lapangan terbang di selatan negaranya.

Dalam pada itu, kedutaan Malaysia di Yaman dalam kenyataannya juga meminta rakyat Malaysia termasuk para pelajar agar menangguhkan perjalanan mereka ke Yaman buat seketika atas langkah keselamatan.

Wisma Putra juga menasihati rakyat Malaysia di Yaman agar berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.



Oleh : ALIF MUSTAPHA
http://ummatanwasatan.net/2015/03/apa-yang-berlaku-di-yaman/

No comments:

Post a Comment