PUAK Houthi mengangkat senjata dalam tunjuk perasaan untuk membantah serangan udara di Sanaa kelmarin.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3VmcYwc7z
Hakcipta terpelihara
SANAA – Sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam tempoh lebih 24 jam selepas siri serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah Houthi di Yemen, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.
Seramai 12 mangsa maut apabila serangan udara ke atas sebuah pangkalan tentera di udara bandar ini mengenai kawasan sekitarnya.
Beberapa saksi berkata, jet-jet pejuang membedil pangkalan al-Samaa yang digunakan oleh unit tentera yang masih setia kepada bekas komander mereka, Ahmed Ali Saleh.
Ahmed merupakan anak lelaki Presiden Ali Abdullah Saleh yang digulingkan. Beliau dituduh oleh Riyadh sebagai menyokong militan Houthi memerangi Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.
“Pada Subuh semalam, tiga serangan udara mengenai pekarangan istana Presiden di selatan bandar ini yang ditawan militan Houthi pada bulan lalu,” kata beberapa saksi.
Riyadh turut mengebom briged tentera Houthi di wilayah Amran, utara bandar ini dan beberapa depot senjata di kubu kuat puak Houthi di utara Yemen.
Seorang pegawai tentera memberitahu agensi berita AFP bahawa jet-jet pejuang Arab Saudi turut mengebom sebuah depot senjata besar yang digunakan oleh tentera Ali.
Beberapa penduduk pula berkata, berpuluh-puluh kenderaan membawa peluru berpandu antipesawat dilihat berterusan meronda di bandar ini sejak serangan udara Arab Saudi itu bermula.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3VmcYwc7z
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment