![]() |
Beberapa letupan kuat menggegar depot senjata di Aden hingga mencetuskan kebakaran di pusat kemudahan tersebut. |
SANAA - YAMAN. Pemimpin Arab berikrar untuk melancarkan serangan habis-habisan untuk menentang pemberontak Houthi sehingga kumpulan itu menyerah kalah.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas gabungan Arab tersebut membedil lapangan terbang antarabangsa dan pangkalan tentera yang dikuasai pemberontak Houthi di ibu negara.
Ketua Liga Arab, Nabil al-Arab berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan kesemua pemimpin Arab ketika sidang kemuncak serantau di Mesir.
Sabtu lalu, gabungan Arab terbabit turut melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan pemberontak itu di wilayah Shabwa dan Baida sebagai usaha untuk memotong akses bekalan mereka.
Sebelum ini, Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi menggesa sekutunya supaya terus membedil markas Houthi sehingga mereka menyerah diri.
Sementara itu, Menteri Luar Riyadh Yassin menegaskan mereka enggan berunding atau berdialog dengan kumpulan pemberontak tersebut sehingga kerajaan yang sah memegang semula tampuk pemerintahan.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 38 maut selepas kumpulan bersenjata melancarkan serangan ke atas kedudukan pemberontak Houthi berhampiran daerah pengeluar minyak di Usaylan, selatan wilayah Shabwa. - AFP

No comments:
Post a Comment