Thursday, 26 March 2015

Konflik Yaman: 13 orang awam maut serangan udara Arab Saudi

KHAMIS, 26 MAC 2015 @ 2:08 PM

 
SANAA: Sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh akibat serangan udara tentera Arab Saudi terhadap pemberontak Huthi di ibu negara Sanaa, demikian menurut sumber pertahanan awam hari ini.

"Tiga belas orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan sebelah malam tentera udara Arab Saudi," kata sumber.

Saksi memberitahu, penduduk tempatan membantu pegawai pertahanan awam dalam mencari mangsa yang masih terperangkap dalam sisa runtuhan tujuh rumah yang musnah akibat serangan udara berkenaan.

Kediaman yang musnah terletak berhampiran lapangan terbang antarabangsa dan pangkalan udara yang menjadi sasaran, demikian menurut penduduk tempatan.


Tentera Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan sepanjang malam di Yama disertai tentera pakatan Teluk bagi menyelamatkan pemerintahan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi daripada konflik perang saudara.

Sumber tentera berkata, serangan udara itu mengenai beberapa tempat strategik pemberontak di sekitar Sanaa termasuk Pangkalan Udara al-Daylami dan kompleks perumahan yang sebelum ini dikuasai pemberontak pada Januari lalu. - AFP


KERETA kebal ditempatkan diluar istana presiden.

No comments:

Post a Comment