Sunday, 29 March 2015

Sanaa dibom tiga malam


ORANG RAMAI mencari mangsa-mangsa terselamat di bawah runtuhan kediaman selepas serangan udara Arab Saudi ke atas ibu kota Yemen, Sanaa pada Khamis lalu.


SANAA – Bandar raya ini dibom bertalu-talu untuk malam ketiga berturut-turut, kata beberapa penduduk semalam selepas jet-jet pejuang Arab Saudi menyerang pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran.
Serangan oleh Riyadh itu dilakukan bagi mempertahankan Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.
“Ia malam yang sengit dengan pemgeboman,” kata seorang warga asing yang bekerja untuk sebuah pertubuhan bantuan antarabangsa di sini.
“Orang ramai mahu melarikan diri tetapi tiada penerbangan keluar dari Yemen,” tambahnya.
Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, malam kelmarin merupakan pengeboman paling sengit di bandar ini sejak Arab Saudi melancarkan operasi serangan udara ke atas Yemen.
“Bandar ini dibom sehingga subuh,” katanya
Beberapa saksi pula berkata, serangan udara itu disasarkan ke atas depot senjata dan kemudahan ketenteraan lain di pinggir bandar ini.
Terdahulu, Arab Saudi menyatakan bahawa lebih 10 negara telah menyertai pakatannya untuk mempertahankan Abderabbo. Beliau tiba di Mesir kelmarin untuk menemui sekutu-sekutu Arab di sebuah persidangan serantau.
Riyadh menuduh Iran yang berfahaman Syiah melakukan pencerobohan dan menyokong militia Houthi yang mahu merampas kuasa di Yemen. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3VmbJESrH 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment