23 Mac 2015 12:17 AM
Mayat jemaah masjid bergelimpangan di atas lantai selepas pengebom berani mati bertindak meletupkan bahan peledak di dua buah masjid di Sanaa, Yemen, baru-baru ini. REUTERS
SANAA 22 Mac – Presiden Yemen, Abd Rabbu Mansour Hadi semalam mengisytiharkan Aden sebagai ibu negara sementara Yemen menggantikan Sanaa yang berada dalam penguasaan kumpulan pemberontak Huthi.
Huthi merampas Sanaa pada September lalu dan sejak itu menguasai sebahagian besar sistem pentadbiran kerajaan.
Dalam satu siaran televisyen Abd Rabbu berkata, beliau bertindak meninggalkan Sanaa yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak kerana berlaku ‘rampasan kuasa tentera sepenuhnya’ di ibu negara Yemen itu.
“Perpindahan saya ke Aden bukanlah langkah propaganda untuk melakukan rampasan kuasa. Aden kini merupakan pusat ekonomi dan ibu negara buat sementara waktu.
“Sasaran saya adalah untuk melindungi institusi pentadbiran negara agar terus terpelihara,” jelas Abd Rabbu.
Dalam perkembangan lain, AS yang bimbang dengan tahap keselamatan di Yemen terutamanya selepas berlaku kejadian letupan di dua buah masjid sehingga mengorbankan 142 nyawa, kelmarin akan membawa pulang rakyatnya. – AFP/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/aden-ibu-negara-sementara-yemen-8211-presiden-1.72461#sthash.fbjMcz2x.dpuf
No comments:
Post a Comment