Mahmoud al-Subaihi
Mahmoud al-Subaihi
SANAA - YAMAN. Menteri Pertahanan Yaman, Mahmoud al-Subaihi yang diletakkan di bawah tahanan rumah di ibu negara didakwa berjaya melarikan diri ke Aden.

Menurut Press TV, media tempatan melaporkan, Mahmoud selamat tiba di bandar pelabuhan tersebut pada awal pagi semalam selepas berita 'kehilangan' beliau tersebar di Sanaa.

Pada 21 Februari lalu, Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi turut mengambil tindakan sama selepas pemberontak Houthi mula menguasai negara terbabit.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas pembantu presiden memaklumkan bahawa pemimpin tersebut bercadang untuk menjadikan Aden yang merupakan bandar kedua terbesar sebagai ibu negara baharu Yaman.

Aden pernah menjadi ibu negara Yaman Selatan sebelum penyatuan dengan wilayah utara pada 1990.