Jombang (Indonesia): Tidak semua pelajar warga Indonesia yang berada di Yaman mahu pulang ke tanah air susulan konflik yang melanda negara berkenaan.
Pelajar Indonesia paling ramai menuntut di universiti di bandar Tarim dan Mukalla yang terletak di wilayah Hadramaut.
Seorang daripada mereka, Ahmad Zadittaqwa, 25, yang berasal dari Desa Gajah di Jombang, Jawa Timur.
Menurut bapa saudara Ahmad, Mohamad Yahya Solahuddin, anak saudaranya itu memilih untuk terus tinggal di Yaman kerana masih belum menamatkan pelajaran dan hampir selesai menghafal al-Quran.
“Ahmad memberitahu bahawa dia akan tamat menghafal al-Quran dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi,” katanya.
Ujarnya, dia hampir setiap hari berhubung dengan Ahmad melalui media sosial.
Tambah Mohamad Yahya, anak saudaranya itu juga keberatan untuk meninggalkan kuliahnya di Fakulti Syriah dan Undang-undang di Universiti Al Ahqaf.
“Dia sudah menuntut lebih dua tahun daripada lima tahun tempoh pembelajarannya,” jelasnya.
Kata Mohamad Yahya, pihak Kementerian Luar Indonesia sudah membuat pertemuan dengan para pelajar negara itu di Yaman.
“Ahmad memberitahu bahawa ramai pelajar yang enggan pulang kerana khuatir ketinggalan menghadiri kuliah,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41967#sthash.7xV0zKAu.dpuf
No comments:
Post a Comment