Islamabad: Kerajaan Arab Saudi meminta Pakistan menyumbangkan pesawat, kapal perang dan tentera darat bagi membantu tentera bersekutu menentang militan Houthi di Yaman, kata Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41960#sthash.2YXGmk5K.dpuf
Khawaja memberitahu mengenainya pada permulaan satu persidangan khas Parlimen bagi membincangkan sama ada Pakistan akan menyertai tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi atau tidak.
Arab Saudi dan beberapa negara Teluk lain melancarkan serangan udara terhadap militan Houthi yang cuba menumbangkan Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi.
Khawaja juga memberitahu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif dijadual melawat Islamabad esok bagi membincangkan situasi di Yaman.
Iran sebelum ini mengkritik keras campur tangan di Yaman oleh tentera bersekutu dan menuduh Arab Saudi sengaja mengwujudkan ketidakstabilan di negara itu.
Islamabad sudah lama mempunyai hubungan baik dengan Riyadh tetapi sehingga kini Pakistan masih belum menyertai pakaran itu.
Pakistan sebelum ini menggesa semua pihak duduk berbincang dan memberitahu bahawa Islamabad tidak mahu terbabit dalam konflik yang boleh menyemarakkan ketegangan kaum.
Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang mengumumkan satu sesi khas Parlimen pada minggu lalu berkata, keputusan untuk campur tangan di Yaman hanya akan dibuat selepas perbahasan di parlimen.
Khawaja antara delegasi politik dan pegawai kanan tentera yang melawat Arab Saudi minggu lalu bagi membincangkan kerjasama berkenaan.
Beliau mengulangi pendirian kerajaan bahawa Pakistan bersedia mempertahankan kedaulatan wilayah Arab Saudi.
“Tiada keraguan sekiranya kedaulatan Arab Saudi tergugat, Pakistan akan memberi sokongan.
“Arab Saudi memohon kita menyediakan pesawat, kapal tentera laut dan tentera darat,” katanya di Parlimen sebelum persidangan berlangsung. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 7:07 AM
No comments:
Post a Comment