Pekerja Palang Merah Antarabangsa membawa turun bekalan bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Sanaa, Yaman. |
RIYADH - ARAB SAUDI . Menteri Luar Arab Saudi menolak desakan semua pihak supaya menghentikan kempen ketenteraan ke atas Yaman dan beliau sekali lagi mempertahankan tindakan itu bertujuan untuk mengembalikan semula kuasa kepada kerajaan yang sah.
Saud al-Faisal menegaskan operasi ketenteraan itu dilancarkan sebagai respons terhadap tuntutan yang dibuat oleh sekutu rapat mereka, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi.
"Kami mahu menamatkan pencerobohan kumpulan pemberontak Houthi dan kempen tersebut hanya akan dihentikan selepas Hadi mendapat semula kuasanya," katanya ketika sidang media bersama rakan seperjuangannya dari Perancis, Laurent Fabius di Riyadh.
Beliau turut mengulangi dakwaan bahawa Iran adalah penyokong kuat kepada pemberontak Houthi.
"Teheran sengaja campur tangan dalam konflik dalaman Sanaa hingga menyebabkan krisis di negara itu menjadi lebih buruk selepas pemberontak Houthi melakukan rampasan kuasa awal tahun lalu," tegasnya.
Sumber tentera Yaman memaklumkan sekurang-kurangnya 1,000 termasuk 200 kanak-kanak terkorban selepas gabungan Arab melancarkan serangan udara ke atas negara itu pada 26 Mac lalu.
Sehingga kini, lebih 1,200 serangan udara telah dilancarkan gabungan Arab tersebut dengan menyasarkan markas dan bangunan di sekitar Yaman terutamanya di bandar selatan Aden. - Press TV

No comments:
Post a Comment