Rakyat AS terbunuh selepas solat
Jamal al-Labani
ADEN - YAMAN. Jamal al-Labani merupakan rakyat warganegara Amerika Syarikat (AS) pertama yang terkorban dalam konflik di Yaman.

Menurut CNN, Jamal terkena serpihan mortar ketika dalam perjalanan pulang dari masjid, Selasa minggu lalu.

Mangsa merupakan pemilik sebuah stesen minyak di Hayward, California meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Menurut laporan, Jamal tiba di Yaman sebelum keganasan berlaku pada Februari lepas.