![]() |
PBB |
Kelmarin, Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) akhirnya dapat menghantar bekalan ubat-ubatan menerusi dua pesawat yang dibenarkan mendarat di Sanaa.
Penyelaras Kemanusiaan PBB di Yaman, Johannes der Klaauw memberitahu bantuan tersebut masih belum mencukupi dan beliau turut menyifatkan pergolakan di Yaman sebagai krisis kemanusiaan paling kompleks di dunia.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,000 termasuk 200 kanak-kanak terkorban manakala 15,000 lagi cedera dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan gabungan Arab diketuai Riyadh sejak 26 Mac lalu. - Press TV
No comments:
Post a Comment