![]() | |
Serangan udara tersebut turut menyasarkan kawasan sekitar ibu negara Yaman. |
Semalam, penduduk di bandar selatan Aden mendakwa serangan udara tersebut dilancarkan sepanjang malam dengan menyasarkan beberapa kawasan termasuk ibu pejabat majlis perbandaran Dar Saad.
"Bedilan itu juga disasarkan ke beberapa tempat awam termasuk stadium di tengah bandar terbabit. Gabungan Arab tersebut turut membedil Ataq selepas pemberontak Houthi didakwa semakin mara di wilayah Shabwa yang kaya dengan minyak.
Dalam insiden berasingan, beberapa bangunan telekomunikasi di barat dan barat laut Yaman dilaporkan menjadi sasaran operasi besar-besaran tersebut.
Susulan daripada konflik yang semakin memuncak, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mahu mengeluarkan resolusi untuk mengenakan embargo senjata terhadap pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman yang bertujuan untuk meredakan konflik tersebut dalam laporan Press TV.
No comments:
Post a Comment