![]() |
PENDUDUK melihat mayat dua pemberontak Houthi. |
Agensi berita SPA melaporkan bantuan itu diperintahkan Raja Salman ekoran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu jumlah berkenaan sebagai bantuan kecemasan bagi jutaan rakyat yang terkesan akibat konflik di Yaman.
“Arab Saudi sentiasa di samping saudara di Yaman dan mengharapkan kestabilan serta keselamatan berjaya dikembalikan,” kata kenyataan rasmi disiarkan SPA.
Yaman semakin bergolak sejak serangan udara dimulakan pakatan diketuai Arab Saudi itu membedil pemberontak Houthi Syiah - yang disokong Iran - yang sebelum ini menyebabkan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi melarikan diri ke Riyadh.
PBB berkata, ratusan orang mati dan ribuan keluarga meninggalkan kediaman masing-masing akibat perang itu.
Agensi bantuan turut memberi amaran bencana kemanusiaan bakal berlaku.
Penyelaras Kemanusiaan PBB Johannes Van Der Klaauw berkata: “Keluarga sukar mendapatkan penjagaan kesihatan, bekalan air, makanan dan bahan bakar. Semuanya keperluan asas yang amat diperlukan.”
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:30 AM
No comments:
Post a Comment