![]() |
AS menghantar kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt ke Laut Arab, kelmarin untuk melakukan operasi keselamatan maritim. |
RIYADH - ARAB SAUDI. Gabungan Arab mengisytiharkan peperangan dilancarkan ke atas Yaman sejak 26 Mac lalu ditamatkan, kelmarin.
Pengumuman itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) menghantar kapal pengangkut pesawat ke Laut Arab sebagai langkah meningkatkan pemantauan terhadap pergerakan kapal tentera Iran yang disyaki membawa senjata untuk kumpulan pemberontak Houthi di Sanaa.
Jurucakapnya, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri mengesahkan kempen ketenteraan fasa pertama itu dihentikan atas permintaan sekutu kuat mereka, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi.
"Operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak hampir empat minggu lalu berjaya menghapuskan ancaman keselamatan ke atas rantau ini. Langkah seterusnya adalah untuk menyambung semula proses politik, menghantar bantuan dan memerangi keganasan di Sanaa," jelasnya.
Difahamkan, langkah terbaharu di bawah operasi ketenteraan fasa kedua itu telah dilancarkan bermula semalam.
Dalam satu kenyataan lain, kumpulan militia di selatan Yaman menegaskan mereka akan terus berjuang menentang pemberontak Houthi sehingga kumpulan itu berundur dari kawasan tersebut.
"Kami tidak akan menghentikan perjuangan ini sehingga kawasan selatan bebas daripada cengkaman pemberontak Houthi dan sekutunya," kata jurucakapnya lagi.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Yaman memaklumkan jumlah kematian akibat operasi ketenteraan yang diketuai Saudi itu mencecah 951 orang manakala 3,943 lagi dilaporkan cedera. - AFP

No comments:
Post a Comment