![]() |
Kumpulan penunjuk perasaan membawa potret Ali Abdullah ketika menyertai protes membantah operasi ketenteraan ke atas Yaman. |
Menurut laporan Press TV, Brigedier Jeneral, Ahmed Asiri berkata, simpanan senjata kimia tersebut mungkin bertujuan untuk mengekalkan kedudukannya ketika beliau masih menjadi presiden.
"Jika andaian itu benar, kami akan bertindak balas untuk melindungi penduduk Yaman. Kami akan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mempertimbangkan semua kemungkinan," jelasnya.
Dalam satu kenyataan lain, beliau menegaskan mereka tidak mahu tergesa-gesa untuk menghentikan kempen ketenteraan ke atas Sanaa walaupun berdepan kritikan banyak pihak selepas jumlah kematian meningkat kepada lebih 500 orang dalam tempoh 10 hari.
No comments:
Post a Comment