Saturday, 18 April 2015

Yaman: Obama hubungi Raja Salman, bincang penyelesaian krisis

SABTU, 18 APRIL 2015 @ 9:17 AM


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berbual menerusi telefon bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz untuk membincangkan perkembangan di Yaman, menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Obama dan Raja Salman bersetuju bahawa penyelesaian politik yang dirundingkan adalah perlu bagi mencapai kestabilan yang berpanjangan di Yaman di mana pemberontak Houthi menentang penyokong Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Obama turut menyatakan komitmen AS kepada keselamatan Arab Saudi. - Reuters

No comments:

Post a Comment