![]() |
Asap tebal memenuhi ruang udara selepas markas pemberontak Houthi di bukit Faj Ataan dibedil gabungan Arab, kelmarin. |
Media tempatan melaporkan kesemua mereka dihantar bersama kargo senjata ke bandar pelabuhan Aden dan wilayah Ad Dali.
Langkah terbaharu itu dibuat beberapa hari selepas Saudi mengesahkan bahawa pasukan khas turut terlibat dalam operasi ketenteraan besar-besaran yang bertujuan untuk memerangi kumpulan pemberontak Houthi di bandar selatan terbabit.
Kelmarin, satu pertempuran sengit tercetus antara kumpulan bersenjata pro-Hadi dan pemberontak Houthi hingga meragut lebih 140 nyawa dalam tempoh 24 jam.
Susulan daripada itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah menggesa satu gencatan senjata segera dikuatkuasakan bagi memudahkan penghantaran 48 tan bekalan ubat-ubatan ke kawasan terjejas teruk terutamanya di Aden.
Jurucakapnya, Sitara Jabeen memberitahu mereka telah mendapatkan kebenaran terbang, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana masalah logistik.
"Kami juga sedang menunggu kebenaran untuk menghantar pasukan pakar bedah ke Aden," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment