Tuesday, 14 April 2015

15 jam redah lautan

Rompin: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan seramai 67 pelajar Malaysia bersama pelajar Indonesia dan Thailand selamat tiba di Djibouti dari zon konflik di Aden, Yaman, 11 pagi waktu Malaysia.
Beliau berkata, semua mereka berada dalam keadaan sihat namun kepenatan selepas mengharungi perjalanan lebih 15 jam menggunakan bot.
"Pasukan petugas Malaysia di sana sedang membantu mereka termasuk menyediakan kemudahan untuk berehat sebelum dibawa balik ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan UMNO Bahagian Rompin, di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 7:10 PM


FOTO ihsan MKN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43776#sthash.7opvFFCs.dpuf

No comments:

Post a Comment