Wednesday, 8 April 2015

Syiah Houthi nyatakan hasrat untuk berunding



AP - GAMBAR fail pada 30 Mac lalu menunjukkan tentera pasukan khas Pakistan yang turut menyertai serangan ke atas Yemen.


KAHERAH – Kumpulan Syiah Houthi menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan damai sekiranya kempen serangan udara Arab Saudi dihentikan, kata anggota kanan kumpulan itu.
Menurut Saleh al-Sammad, Houthi bagaimanapn tetap menolak kepulangan Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini melarikan diri ke Arab Saudi.
Pesawat dan kapal perang tentera pakatan diketuai Arab Saudi membedil kumpulan Houthi yang disokong Iran selama 11 hari selepas rundingan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mendamaikan antara Abd-Rabbu dan Houthi gagal.
“Kami masih berpegang kepada pendirian kami untuk mengadakan rundingan damai dan kami membuat tuntutan atas dasar hormat menghormati antara satu sama lain.
“Kami juga tidak mengenakan sebarang syarat kecuali menghentikan pencerobohan dan duduk di meja dialog itu untuk tempoh masa tertentu,” ujar Sammad.
Menurut beliau, dialog itu perlu disiarkan secara langsung untuk disaksikan oleh seluruh rakyat Yemen bagi membukti siapakah pengkhianat sebenar negara itu.
Selain itu, Sammad turut menolak dakwaan bahawa Houthi mahu mengawal selatan negara itu sebaliknya mereka kini sedang memberi tumpuan kepada ancaman daripada kumpulan al-Qaeda.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3WfgOl7iY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment