Tuesday, 14 April 2015

Bawa keluar segera dari Yemen



Sebahagian daripada 94 rakyat Malaysia yang berjaya dipindahkan dari Yemen tiba di KLIA pada Ahad lepas berikutan pergolakan di negara itu.


KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tiba di Republik Djibouti, Afrika semalam sebagai persediaan membawa keluar 67 pelajar Malaysia di Aden, Yemen.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua pelajar berkenaan seterusnya akan diterbangkan ke Jeddah selepas berjaya dikeluarkan dari Aden untuk dibawa balik dengan penerbangan komersial.
Beliau berkata, ketika ini Aden menjadi fokus misi membawa keluar rakyat Malaysia memandangkan kawasan itu terlibat dalam pertempuran.
Hishammuddin berkata, agensi terlibat iaitu Kementerian Pertahanan, Majlis Ke­selamatan Negara dan Wisma Putra memantau keadaan pelajar negara terutama di Aden.
“Sehingga pukul 3 pagi kelmarin, mereka berada dalam keadaan makan minum dan kedudukan masih selamat, yang penting orang ramai kena faham bahawa Aden adalah kawasan pertempuran. Bukan sahaja (rakyat) negara kita tapi negara luar pun terperangkap,” katanya di sini semalam.
Hishammuddin turut bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada negara lain seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Djibouti dan Oman yang membenarkan pesawat negara mendarat di negara berkenaan.
Pesawat milik TUDM itu diterbangkan dari UAE selepas tiba bersama sebuah lagi pesawat jenis sama Rabu lepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3XEpEYP5d 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment