Friday, 10 April 2015

300 rakyat Malaysia enggan pulang

Oleh NORAINI HASSAN BASRI

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 daripada 600 rakyat Malaysia di Hadramawt, Yemen mengambil keputusan untuk tidak pulang ke tanah air walaupun situasi di negara itu ketika ini berada dalam keadaan bergolak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka yang terlibat membuat keputusan itu atas pelbagai alasan seperti menghadapi peperiksaan dan bimbang pengajian tergendala jika pulang ke Malaysia.
Menurutnya, walaupun ketika ini Hadramawt masih berada dalam keadaan aman berban­ding kawasan lain di Ye­men, namun keputusan itu adalah satu tindakan yang berisiko tinggi.
“Saya menyeru dan me­rayu kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen untuk memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan keselamatan mereka.
“Kita telah menghubungi Kementerian Pendidikan dan sekolah agama bagi membolehkan pelajar-pelajar di sana dapat di­serapkan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kerajaan bukan sahaja beri jaminan dari segi keselamatan tetapi juga pendidikan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pema­kaian Pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah di sini semalam.
Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3WrQZ9QD6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment