Wednesday, 22 April 2015

944 terbunuh sejak keganasan di Yaman - WHO

RABU, 22 APRIL 2015 @ 9:06 AM

 GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 944 orang terbunuh manakala 3,487 lagi cedera dalam keganasan di Yaman sejak 19 Mac. WHO melaporkan, angka kematian dan kecederaan itu berdasarkan kepada rekod bantuan perubatan di Yaman. Badan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga menganggarkan angka itu mungkin lebih tinggi kerana terdapat sebilangan penduduk yang tidak mendapatkan rawatan di hospital. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49031

No comments:

Post a Comment