SYED HAFIZ, MOHAMAD ANWAR, MUHAMMAD FIQREE |
SEPANG - Menempuh laut bergelora selama 22 jam di atas kapal nelayan untuk ke Djibouti antara pengalaman sukar dilupakan buat pelajar Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah, semalam.
Pelajar jurusan syariah, Syed Hafiz Syed Alui, 19, berkata, pengalaman di atas kapal itu merupakan saat paling genting dan menakutkan.
“Biasanya perjalanan hanya memakan masa 13 jam, namun cuaca dan ombak besar menjadikan perjalanan panjang.
“Kebanyakan rakan-rakan muntah kerana mabuk laut,” katanya kepada Sinar Harian, di balai ketibaan, semalam.
Syed Hafiz berkata, perjalanan dari Madrasah Rabiath al-Idros, mereka menaiki tiga bas diiringi pasukan Palang Merah Indonesia ke Pelabuhan Aden.
Sementara itu, Mohamad Anwar Ibrahim, 26, yang merupakan ketua pelajar Rabiath al-Idros berkata, selama 22 jam itu dia dan rakan-rakannya hanya mendiamkan diri.
Pelajar tahun kedua itu memberitahu, tidak dinafikan ada sesetengah pelajar berhadapan tekanan emosi berikutan pergolakan di Yaman.
“Kami cuba beri semangat kepada kawan-kawan lain agar tidak mengalah," katanya.
Mohamad Anwar berkata, pembelajaran di pusat pengajian itu diberhentikan sejak tiga minggu lalu.
“Terima kasih kepada semua pihak membantu kami keluar dari Aden,“ katanya.
Muhammad Fiqree Mohd Zaidee, 21, seorang lagi pelajar Malaysia yang melarikan diri dari Yaman berkata, perkara paling menakutkan sepanjang tiga minggu berada di Rabiath al-Idros, adalah takut terkena peluru sesat.
Kata Muhammad Fiqree, mereka diarahkan tidur di madrasah yang terletak di bawah masjid selama tiga minggu.
Katanya, minggu pertama serangan udara sememangnya menakutkan tetapi selepas minggu kedua dan ketiga, bunyi bom menjadi kebiasaan.
“Biasanya serangan bom kedengaran pada waktu malam,” katanya lagi.
Muhammad Fiqree berkata, bekalan makanan dan minuman mencukupi namun menghadapi masalah ketiadaan bekalan gas memasak.
“Duit dalam bank juga habis dan keadaan tidak mengizinkan kami keluar” katanya.
Namun, Muhammad Fiqree nekad meneruskan pengajian berbaki tiga tahun apabila keadaan kembali aman.

No comments:
Post a Comment