![]() |
SEORANG lelaki membawa barangan peribadi meninggalkan kediamannya selepas serangan udara Arab Saudi. |
USS Theodore Roosevelt yang berada di Teluk Parsi untuk melancarkan serangan terhadap Negara Islam (IS) turut diiringi kapal penjajap peluru berpandu USS Normandy.
Semua sekali, sembilan kapal AS kini berada berhampiran Yaman.
Sementara itu, konvoi kapal Iran terbabit yang dianggap ‘meragukan’ merangkumi sembilan kapal tentera termasuk dua bot ronda, kata pegawai kanan ketenteraan, namun destinasi sebenarnya tidak diketahui.
“Kami percaya kapal berkenaan membawa peralatan dan senjata. Jika dihantar ke Yaman ia pasti memburukkan lagi keadaan di situ,” katanya.
Dia bagaimanapun mengakui buat masa ini segalanya masih sekadar spekulasi.
Jurucakap Pentagon Kolonel Steven Warren menafikan kapal terbabit mempunyai arahan untuk menghalang kapal Iran yang membawa senjata untuk Houthi.
Beberapa pegawai AS membayangkan Arab Saudi, Mesir atau sekutu mereka lebih berkemungkinan menghalang kapal Iran jika keadaan memaksa.
Seorang lagi pegawai tentera berkata: “Setakat ini kami hanya melakukan misi keselamatan, kami bukan sebahagian daripada misi maritim mereka.”
Sementara itu, difahamkan konvoi kapal Iran itu melepasi Selat Hormuz meninggalkan Teluk dan kini menuju ke arah barat menyebabkan spekulasi ia ke Yaman.
Awal bulan ini, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi untuk mengenakan sekatan senjata terhadap pemberontak Houthi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:36 AM
No comments:
Post a Comment