SANAA - Kumpulan pemberontak Syiah Houthi mengancam untuk menyerang balas Arab Saudi sekiranya negara itu terus bertindak agresif ke atas Yaman.

"Kami akan melancarkan serang balas ketenteraan ke atas Arab Saudi jika serangan udara di Yaman tidak dihentikan.

"Houthi tidak memerlukan peluru berpandu untuk menunaikan janji-janji kami," kata jurucakap Houthi, Mohammed Bahiti.

Bahiti turut menambah, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi yang bersembunyi di lokasi rahsia sudah kehilangan kuasa dan tidak mungkin akan memimpin kembali negara tersebut.

"Hadi adalah pengkhianat. Penduduk Yaman sudah tidak menghormatinya dan tidak akan membenarkan dia kembali berkuasa," katanya.

Pada masa sama, Bahiti menyatakan pemberontak Houthi sedia kembali kepada rundingan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi hanya selepas serangan udara dihentikan. - Press TV