SANAA - YAMAN. Gabungan Arab melancarkan serangan udara baharu menyasarkan beberapa wilayah di Yaman di bawah kempen ketenteraan yang memasuki hari ke-20, semalam.

Menurut Press TV, media tempatan melaporkan beberapa daerah di al-Bayda dan Sanaa terputus bekalan elektrik selepas stesen jana kuasa di wilayah terbabit dibedil bertalu-talu.

"Insiden serangan itu turut meragut beberapa nyawa dan mencederakan sejumlah penduduk termasuk wanita serta kanak-kanak," jelas laporan itu.

Sementara itu, syarikat cecair gas asli Yaman (LNG) mengumumkan bahawa mereka menghentikan sementara operasi dan eksport susulan daripada situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.