KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama 47 orang rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada jam 12 tengahari tadi, dengan penerbangan MH151.
Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, menyatakan seramai 121 rakyat Malaysia terbabit dibawa pulang hari ini menerusi empat penerbangan dari Jeddah.
Secara keseluruhan, seramai 156 rakyat Malaysia dipindahkan dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu.
Berikut jadual penerbangan hari ini:
1) Penerbangan Malaysia (MAS) MH 151
Membawa 47 orang tiba pada jam 12.00 tengahari
2) Sri Lankan Airlines UL314
Membawa 171 orang dijangka tiba jam 2.05 petang
3) Emirates EK346
Membawa 41 orang dijangka tiba jam 3.05 petang
4) Qatar Airways QR852
Membawa 16 orang dijangka tiba jam 8.50 malam
No comments:
Post a Comment