KHAMIS, 23 APRIL 2015 @ 11:54 PM
PENDUDUK memeriksa tempat yang dibedil dalam serangan udara di bandar Saada, Yaman, kelmarin. - Foto Reuters
GENEVA: Angka korban pertempuran di Yaman sejak lewat Mac lalu kini mencecah 1,000 orang, termasuk hampir 50 kanak-kanak, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Agensi kesihatan PBB itu menyatakan, sekurang-kurangnya 1,080 orang terbunuh di negara itu, termasuk 48 kanak-kanak dan 28 wanita manakala 4,352 orang lagi cedera dalam keganasan antara 18 Mac dan 20 April. WHO sebelum ini menyenaraikan 944 kematian dan 3,487 kecederaan sehingga 17 April lalu. - AFP
![]() |

No comments:
Post a Comment