![]() |
Kumpulan angkatan bersenjata pro-Hadi terus berkawal untuk mempertahankan bandar Aden daripada pemberontak Houthi. |
Penduduk tempatan memberitahu pemberontak Houthi telah keluar dari kawasan kejiranan Khor Maksar selepas dua kereta kebal mereka dimusnahkan dan dirampas oleh kumpulan pro-Hadi.
Kelmarin, pemberontak Houthi dilaporkan menggempur istana presiden selepas didakwa semakin mara ke bandar selatan terbabit walaupun berdepan amaran keras gabungan Arab diketuai Riyadh.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sekurang-kurangnya 519 termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban di Yaman.
Ketua Agensi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Valerie Amos berkata, kira-kira 1,700 orang juga dilaporkan cedera sejak kempen ketenteraan dilancarkan di negara itu kira-kira dua minggu lalu.
"Puluhan ribu penduduk telah meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian daripada mereka sanggup menggadai nyawa menyeberangi laut untuk ke Djibouti serta Somalia," katanya lagi dalam laporan AFP.
No comments:
Post a Comment